Monday 2 January 2012

mitos kiamat 2012

selamat tahun baru . . ! first entry untuk tahun baru ni..

errm, , korang dah tengok cerita 2012 ta? sy tak tgok lagi cerita tu.. tp semua dah tau kan filem tu pasal ape.. ni ade sedikit info atau pape je lah, tak tau nk ckp ape.. korang bace la dulu..



Dalam filem 2012, berdasarkan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 tahun, dunia akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalender kuno itu dikatakan hampir tepat terutama membabitkan perubahan pada planet. Tamadun ini yang pernah wujud kira - kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar. Pada tarikh 21 Disember 2012, bumi dikatakan berada sebaris dengan pusat galaksi bima sakti buat kali pertama sejak 25, 800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi , banjir dan letupan gunung berapi .

Tukang tilik kontroversi , Nostradamus juga membuat andaian akan berlaku sesuatu peristiwa besar pada 2012 . Nostradamus mendakwa planet - planet di angkasa lepas akan berantakan yang mengakibatkan hancurnya kehidupan . Namun tiada sebarabg tarikh khusus dinyatakan , cuma pengikut Notradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.

Selain itu , satu lagi andaian , pada 23 Disember 2012 Planet Nibiru akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi apabila ia menceroboh sistem solar bumi . Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus , sentiasa berlaku letusan gunung berapi , gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan yang menghampirinya. Selain itu, Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik yang boleh menggangu kestabilan geografi bumi.

" apa2 pun , hanya Allah sahaja yg mengetahui segalanya.."

from :  panca indera, akhbar mingguan malaysia

No comments:

Post a Comment