Saturday 31 December 2011

peraduan blog tecantik :D

huhu. . nih ade contest tok blog teRcantik .


wat muke tak malu je join contest nie. . hee, sbb kite ni bawu sngat dlm blog nie. . tak arif sangat pon pasal edit mengedit nie . . tgok blog kite ni pon da tau kan kita ni bawu ag.. hee, okey, meh, jom join. .

 sila klik kat sini ;)

boley isi mase lapang awak2 semua dgn mengedit edit blog sendiri. . selain tu, boley dpt ramai kawan..

korang ley tgok sndiri blog kwan2 kite yg dieorg dah link kan blog dieorg  kat komen. . cantik2 tau dieorgnye blog! boley wat korang senyum sendiri..

( pada awak2 yg sy tag nie, maaf ye, sy tag awk sume sbb sy suke blog awk sume.. ;)





Wednesday 28 December 2011

nak mengadu kat sape :'(

Nak mengadu kat sape.. hmmmm .. sedey sangat.

tak dapt sambung study .. permohonan da kena reject . tak berjaya ..




cita2 nak jadi cikgu , tak kesampaian la cam ni ..
sedey sangat ni ..
hari ni , tak bersinar tok saye ..

harap ade hikmah semua ni ...

Monday 26 December 2011

kalau dia jodoh saya

jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?


1. Gunakan Seluruh Pancaindera

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang merasakan mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 9 lagi petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



3. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



4. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



5. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



8. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



9. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



10. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah..Adakah dia jodoh kita?

“Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Itu pasti!”

Sunday 18 December 2011

oh blog !





sampai sekarang sy tak reti2 lagi nk buat blog nie..!!!
stress nyee..
sedihnyee!!

help me


Tuesday 29 November 2011

kisah hati


.. hati yang sakit kalau dibiarkan boleh m'jadi busuk.. dlm kata lain busuk hati..


..hati yang busuk kalau dibiarkan boleh m'jadi mati..dlm kata lain hati mati..

..hati yang mati bila dibiarkan akan mnyebabkan virus2 dan kuman yang ade merebak ke otak..

..bila otak dah dijangkiti virus2 , semua urat2 berfikir akan dimakan oleh virus tersebut..

..bila semua dah dimakan oleh virus, otak takkan berfungsi..

..bila otak tidak berfungsi lagi, dan hati telah mati, tiada apa yang tinggal dlm diri..

..tiada lagi kata dari hati..

..tiada lagi pemikiran dlm otak..

..tp, yang tnggal cuma bisikan syaitan.. 

..dri hati yang terlalu sakit jika tidak dijaga maka akan terjadilah perkara2 yang tidak elok..


.. jagalah hati..
..jadilah seorang yang pemaaf..
..jauhi dendam..

Wednesday 23 November 2011

RAWATAN SPA KAT RUMAH SENDIRI =)

Minggu lepas sy pegi kelas untuk " driving licence" lepas tu bila balik rumah, aduuhh, sakitnya kaki..lenguh! dlm hati ni, bestnye kalau dpat pg spa ni, kalau ade org tolong urutkn kaki..wow, syoknye! tp tebantut angan2 tu sbb mane ade duit! hihihi.. so dlm penat2 ni tetibe dtg idea merepek ni..huhuhu.. korang cube ea, kalau berkesan bgtau kat sy, tp kalau tak berkesan..korang wat bodoh je.. =P

BAHAN - BAHAN
* 1 cerek air panas ( panaskan smpai mendidih tau! )
* 1 bekas untuk isi air panas tu ( muat tok rendamkn kaki korang la)
* 1 sudu teh garam (lebih pon takpe, takpn ikt berape bnyak yg korang nak)

CARA-CARA
- masukkan air panas ke dlm bekas. CAMPURKAN SEDIKIT DGN AIR PAIP.(nnti melecur plak kaki) Jgn sejuk sngt & jgn terlalu suam sngt . agak2 la, tp PASTIKAN rase panas air tu "kuat lg" even dah tmbah dgn air paip.
- masukkan garam
- rendam kaki kat dlm air tu smpai panas air tu hilang..


okey, sekian terima kasih..  =)
kalau ada yg kurang sila la tmbah =)
kalau ada yg salah sila la betolkan =)




Monday 14 November 2011

CERITA SAYA untuk hari ini ;)

Tiap kali pergi solat kat masjid/ surau/ atau tengok kat dlm tV, mesti nmpak org LELAKI ngah solat. Sejuk je hati tgok mereka tak lupa tanggungjawab pada Allah s.w.t. Tapi, setiap kali tu la sy  musykil pasal perkara ni. Dalam hati & otak ni bertanya & berfikir, dieorg ni tak tahu ke atau terlupe ke atau......bnyak lg la atau nye..
Perkara yang musykil tu adalah  ketika DUDUK ANTARA DUA SUJUD.

Saya nk bgtau ape yg patot la. Harap korang dpat paham.


PERHATIKAN KEDUDUKAN KAKI.

Harap yg ni dpat membantu awak semua okey! =)



sekian terima kasih =)

sori kalau gambar tak jelas ;)

Monday 7 November 2011

cerita seorang gadis ;)

seorang gadis kecil yang mempunyai hati yang besar. dia seorang yang sangat setia pada cinta. tapi hakikatnya cinta itu hanya dalam fantasi. salahkah dia menjadi seorang yang setia?salahkah dia menjadi seorang yang jujur? dia buta dalam cinta. cinta membuatkan hatinya mati. dugaan Mu ya Allah.